Wednesday 24 August 2016

Jemputan Sumbangan Artikel Untuk Penerbitan Majalah "Jendela: Buletin Perpustakaan"

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Prof/Dr/ Dato/Datin Tuan/Puan/Encik/Cik

Jemputan Sumbangan Artikel Untuk Penerbitan Majalah "Jendela: Buletin Perpustakaan"

Sukacita dimaklumkan bahawa Pustakawan Universiti Sains Malaysia akan menerbitkan majalah berjudul Jendela: Buletin Perpustakaan. Penerbitan Jendela: Buletin Perpustakaan adalah projek dokumentasi aktiviti Perpustakaan Universiti Sains Malaysia dan penerbitan penulisan separa ilmiah. Untuk makluman, pihak kami kini membuka peluang bagi mereka yang berminat menulis untuk menyumbangkan sekurang-kurangnya satu jenis artikel separa ilmiah berkaitan dengan apa-apa jua topik. Artikel yang terpilih akan diterbitkan dalam majalah tersebut secara dalam talian. Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang penulisan artikel tersebut, tuan/puan hanya perlu merujuk kepada panduan yang disertakan ini. rujuk: Panduan untuk Penulis

Pihak kami amat berbesar hati jika pihak tuan/puan boleh menyumbangkan sekurang-kurangya 1 monograf artikel. Pihak kami akan memastikan setiap artikel yang terpilih akan diindeks dalam Google Scholar dan Pangkalan data langganan kami.

Mohon tuan/puan dapatlah memberi maklumbalas kepada kami dan menghantar monograf tersebut sebelum 10 Oktober setiap tahun. Tuan/puan boleh menghantar monograf artikel terbabit melalui emel iaitu akmal_ahmat@usm.my atau jendelausm@gmail.com


Sumbangan dan maklumbalas tuan/puan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian,

Muhammad Akmal Ahmat
Ketua Sidang Pengarang
Jendela : Buletin Perpustakaan
Universiti Sains Malaysia