Wednesday 31 July 2024

Jemputan Sumbangan Artikel Untuk Penerbitan Majalah Jendela: Buletin Perpustakaan Universiti Sains Malaysia (2289-1595)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Prof./Dr./ Dato/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik,

Jemputan Sumbangan Artikel Untuk Penerbitan Majalah Jendela: Buletin Perpustakaan Universiti Sains Malaysia (2289-1595)

Sukacita dimaklumkan bahawa Sidang Editor Jendela akan meneruskan legasi penerbitan bagi majalah berjudul Jendela: Buletin Perpustakaan Universiti Sains Malaysia yang kini telah menjangkau hampir 39 tahun usia kewujudannya. Dengan inisiatif untuk mendokumentasikan penulisan separa ilmiah, penulisan kreatif, rencana, coretan peristiwa dan pelbagai lagi genre yang berkaitan pengurusan pengetahuan, literasi maklumat, pengurusan perpustakaan dan perkongsian ilmu yang dihasilkan oleh penulis yang terpilih, seterusnya dapat diterbitkan juga diindeks dalam Google Scholar dan pangkalan data langganan kami.

Sidang Editor amat berbesar hati menjemput pihak tuan/puan untuk menyumbangkan sekurang-kurangya sebuah monograf artikel yang kelak akan diterbitkan dalam majalah Jendela: Perpustakaan Universiti Sains Malaysia sama ada secara bercetak mahupun dalam talian. Hantarkan monograf anda kehttps://tinyurl.com/jendelapusm sebelum 01 September 2024. 

Maklumat lanjut berkaitan Garis Panduan Penyerahan Sumbangan Artikel, sila layari https://jendelausmlibrary.blogspot.com/p/guideline-for-contributors.html. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Ketua Sidang Editor (Dr. Rosnani Ahmad) di rosnaniahmad@usm.my | 046535372 atau jendelausm@gmail.com.

Sumbangan dan maklumbalas tuan/puan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian,

Dr. Rosnani Ahmad
Ketua Sidang Editor
Jendela : Buletin Perpustakaan
Universiti Sains Malaysia
rosnaniahmad@usm.my | 046535372

No comments:

Post a Comment