Wednesday 24 August 2016

Jemputan Sumbangan Artikel Untuk Penerbitan Majalah "Jendela: Buletin Perpustakaan"

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Prof/Dr/ Dato/Datin Tuan/Puan/Encik/Cik

Jemputan Sumbangan Artikel Untuk Penerbitan Majalah "Jendela: Buletin Perpustakaan"

Sukacita dimaklumkan bahawa Pustakawan Universiti Sains Malaysia akan menerbitkan majalah berjudul Jendela: Buletin Perpustakaan. Penerbitan Jendela: Buletin Perpustakaan adalah projek dokumentasi aktiviti Perpustakaan Universiti Sains Malaysia dan penerbitan penulisan separa ilmiah. Untuk makluman, pihak kami kini membuka peluang bagi mereka yang berminat menulis untuk menyumbangkan sekurang-kurangnya satu jenis artikel separa ilmiah berkaitan dengan apa-apa jua topik. Artikel yang terpilih akan diterbitkan dalam majalah tersebut secara dalam talian. Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang penulisan artikel tersebut, tuan/puan hanya perlu merujuk kepada panduan yang disertakan ini. rujuk: Panduan untuk Penulis

Pihak kami amat berbesar hati jika pihak tuan/puan boleh menyumbangkan sekurang-kurangya 1 monograf artikel. Pihak kami akan memastikan setiap artikel yang terpilih akan diindeks dalam Google Scholar dan Pangkalan data langganan kami.

Mohon tuan/puan dapatlah memberi maklumbalas kepada kami dan menghantar monograf tersebut sebelum 10 Oktober setiap tahun. Tuan/puan boleh menghantar monograf artikel terbabit melalui emel iaitu akmal_ahmat@usm.my atau jendelausm@gmail.com


Sumbangan dan maklumbalas tuan/puan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian,

Muhammad Akmal Ahmat
Ketua Sidang Pengarang
Jendela : Buletin Perpustakaan
Universiti Sains Malaysia

Sunday 31 January 2016

Makluman Kelewatan Penerbitan Jendela: buletin perpustakaan bilangan 7/2015

Assalamualaikum wbt

Pihak sidang pengarang ingin memohon maaf atas kelewatan penerbitan Jendela: Buletin Perpustakaan bilangan 7/2015 disebabkan masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan. Kami berusaha untuk memastikan penerbitan kali ini dapat dijayakan walaupun memakan masa yang lebih lama. Walaubagaimanapun, pihak sidang pengarang sudi berkongsi beberapa naskah artikel dalam versi pre-print untuk bacaan tuan/puan. Artikel-artikel tersebut seperti di bawah:-

1. PERKHIDMATAN SOKONGAN PENYELIDIKAN DI PERPUSTAKAAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. [KLIK DISINI]

2. IFLA World Library and Information Congress 81st IFLA General Conference and Assembly
15-21 August 2015, Cape Town, South Africa [KLIK DISINI] 

3. 16 th CONGRESS OF SOUTHEAST ASIAN LIBRARIANS- CONSAL XVI MEETING AND GENERAL CONFERENCE 10 -13 JUN 2015,  BANGKOK, THAILAND [KLIK DISINI] 

4. TRAVELOG PENYERTAAN LATIHAN KE BANGKOK (8-9 JUN2015) & HONG KONG (1-6 NOVEMBER 2015) [KLIK DISINI]



Untuk makluman, tuan/puan amat digalakkan memberi sebarang komentar bagi paparan artikel tersebut. Semoga artikel-artikel ini memberi manfaat kepada semua golongan pembaca.
Selamat membaca.

Sekian, Terima Kasih
Muhammad Akmal Ahmat
Ketua Sidang Pengarang.

Wednesday 9 December 2015

Jendela: Buletin Perpustakaan edisi bil. 7/2015. Paparan Menarik Menanti anda

Antara menarik di Jendela : Buletin Perpustakaan edisi bil. 7/2015 adalah:-

1.Temubual Bersama Ketua Pustakawan Ketujuh Perpustakaan Universiti Sains Malaysia
2. Nvivo: Mengenali Penyelidikan Secara Kualitatif
3. Berita Penganjuran 5th International Conference On Libraries (ICOL) 2015
4. Berita Penyertaan IFLA World Library and Information Congress 81st IFLA General Conference and Assembly
5. Berita Penyertaan CONSAL XVI, Bangkok, Thailand.
6. Membuka minda terhadap sistem sumber terbuka: pengalaman gerak kerja “MARCedit”
7. Senarai Kertas Penyelidikan Staf Perpustakaan dari tahun 2012 hingga 2015
8. Berita Sukan Perpustakaan
8. Berita hal ehwal staf

Friday 21 August 2015

PELAWAAN SUMBANGAN ARTIKEL

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Selamat Datang ke laman Jendela : Buletin Perpustakaan

Kini terbuka kepada semua professional maklumat, pihak kami ingin mempelawa tuan/puan menyumbangkan satu naskhah makalah separa ilmiah, atau coretan aktiviti berkaitan bidang pengurusan, perkhidmatan dan sains maklumat untuk dikongsi bersama bukan saja dengan warga Perpustakaan USM malah masyarakat global.

2. Pihak kami akan pertimbangkan sumbangan setiap makalah yang dihantar. Pemilihan makalah dan keputusan  yang dibuat adalah muktamad.

3. Tema : PERKHIDMATAN CEMERLANG, PERPUSTAKAAN DIJULANG


4. Tarikh Tutup Penyertaan adalah pada 30 September 2015

5. Sumbangan boleh dihantar melalui emel kepada : akmal_ahmat@usm.my

Kerjasama dan perhatian tuan/puan amat dihargai.

Butiran Penuh Penyertaan - SILA KLIK



_________________________________________________________________________________

Greetings,

We would like to invite all information professional to contribute semi-scholarly articles or other type of selected articles that related to information science, management, and services. The article will be viewed not only by USM Library members but also people from all over the world.

2. Every submission of article will be reviewed by our reviewer. The acceptance of articles are finalised by panels and cannot be objectionable.

3. Theme: EXCELLENT SERVICE,  LIBRARY GOES TRIUMPH

4. Dateline submission will be on 30 September 2015

5. Please send the monograph of article through email: akmal_ahmat@usm.my

Your cooperation and attention are much appreciated.

More Details - CLICK HERE





.